Simptom 1
· Lendir
bewarna putih kekuningan, pekat bergumpal, berbau dan gatal di vagina - Penyebabnya
ialah kulat Candida sp.
· Jika
dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya
lain merebak seperti E-Coli.
Simptom 2
· Lendir
berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk. Vagina terasa sakit
jika ditekan, kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada
bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
·
Penyebabnya
ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis.
·
Kemungkinan
penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin.
Simptom 3
· Lendir
pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak
timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
·
Penyebabnya
adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.
Keadaan yang
menyebabkan berlaku keputihan
1) Pada masa yang
subur
Pada
waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya
lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.
2) Ketika hamil
Ketika
hamil, hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting
untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan
peregangan ketika waktu untuk melahirkan.
3) Saat terangsang
Lendir
di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.
Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan
hubungan seksual.
4) Berat badan yang
berlebihan
Apabila
lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan
kawasan tadi lembap dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan
terjadi.
5) Minum / memakan
antibiotik dalam dos tinggi.
Dalam
vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap
dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh
bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan
menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.
Jom cegah keputihan anda dengan produk-produk SDM...0197749193 / 0197759193
No comments:
Post a Comment